Encik Zack
Mudahnya
Refinance Rumah
CASH-OUT rumah pertama buat beli rumah kedua secara CASH. Ehh ni bukan biasyer-biasyer!
PERHATIAN
Khas untuk anda yang dah ADA RUMAH sahaja.
Apa maksud “Refinance”?
Refinance bermaksud kita membiayai semula hartanah kita yang masih ada hutang dengan bank, kepada pihak bank dengan tujuan merendahkan kadar interest/profit semasa mahupun bayaran bulanan, mendapatkan “cash” untuk tujuan renovation rumah atau pendidikan anak-anak, serta banyak lagi kegunaan yang boleh bantu kita selesaikan masalah yang berkaitan dengan “kewangan”.
Selain itu juga, terdapat juga produk refinance yang boleh bantu kita tutup beberapa loan atau kredit kad yang sedia ada, dengan menyatukan kesemua hutang dalam satu akaun, yang kebiasaannya dipanggil sebagai “Debt Consol”.
Refinance vs Remortgage?
Refinance dan remortgage adalah konsep yang sama iaitu kita membiayai semula hartanah kita kepada pihak bank. Namun, “Refinance” merujuk kepada hartanah yang masih mempunyai hutang dengan bank. Manakala “Remortgage” merujuk pada hartanah yang tiada lagi hutang dengan bank, dengan kata lain ianya sudah habis bayar (free encumbrance)
“Bagaimana kiraan refinance dan berapa kelayakan margin pinjaman?”
Margin untuk refinance kebiasaannya bank akan offer pada kadar 80-90% daripada market value hartanah anda. Untuk remortgage kebiasaannya pada kadar 50-60%.
Sebagai contoh pada hari ni market value rumah anda bernilai RM 500,000 dan bank tawarkan 80% margin, bermakna anda boleh refinance up-to RM400,000
(500,000 x 80% = 400,000).
“Rate refinance sama macam rate beli rumah ke?”
Rate refinance sama macam anda beli rumah. Bergantung pada scoring dan profil anda dimata bank.
Jika anda apply personal loan. maximum anda boleh tarik tenure 5-7 tahun je. Tapi dengan refinance, boleh tarik hingga 10 tahun!
tujuan REFINANCE?
Renovation rumah
Rolling modal business
Tutup loan lain
Pendidikan anak-anak
Mengurangkan kadar interest/profit loan
Tampung kos menunaikan Haji/Umrah
Tujuan untuk re-apply loan LPPSA baru
Beli rumah seterusnya secara cash!
“Kelayakan nak REFINANCE rumah?”
Mesti kena ada rumah tau! HAHA. Tak kisah yang masih ada loan atau dah habis bayar.
Berumur dibawah 70 tahun, kalau ikut guideline bank. Tapi umur yang sesuai dibawah 55 tahun.
Bergaji tetap, commission earner atau bekerja sendiri, anda semua layak. Asalkan dokumen gaji anda lengkap.
Mempunyai loan rumah yang sudah melebihi 7 tahun, atau lebih. Sebaiknya 10 tahun dan keatas.
Tidak mempunyai tunggakkan atau rekod CCRIS yang tertunggak melebihi “1” bulan.
Clean blacklist dan tidak mempunyai rekod CTOS (kecuali dengan telco company masih boleh di-consider)
Apa yang dimaksudkan dengan
“Debt Consolidate ?”
“Debt Consol” dalam bahasa mudah faham adalah penyatuan hutang.
Sebagai contoh anda mempunyai beberapa hutang dengan bank. Contohnya 2 personal loan dan 2 kredit kad. Anda refinance rumah anda dan lebihan cash yang anda dapat dari refinance, tutup 4 akaun tersebut.
Kini anda hanya bayar pada 1 akaun sahaja. Anda jimat interest, kurang beban. Setuju?
Gambaran lebih jelas sebegini....
Anda beli rumah pada tahun 2015 pada harga RM 350,000 dan kini rumah anda bernilai RM 550,000 pada 2023.
Baki loan anda tinggal
RM 250,000. Jika anda refinance rumah tersebut akan dapat lebihan CASH dalam RM 150,000.
Komitmen anda kini hampir RM 5,000 sebulan...
Kereta
RM 1,200..
Kredit kad
RM 1,400..
Rumah
RM 1,500..
Personal Loan
RM 890..
Jumlah komitmen anda sekarang..
RM 4,990
Anda REFINANCE rumah anda dan CASH yang anda dapat anda tutup ketiga-tiga akaun tersebut.
Kini hanya anda bayar loan refinance anda sahaja dengan kadar bulanan
RM 2,300 sebulan
Anda jimat beban
RM 1,500++
Komitmen anda kini berubah drastik...
Kereta
RM 1,200..
Kredit kad
RM 1,400..
Rumah
RM 2,300..
Personal Loan
RM 890..
Jumlah komitmen anda sekarang daripada RM 4,990 ke RM 2,300 sahaja!
DAPAT sesuatu?
Ehh kejap.. Maaf tuan puan.. Sebelum tu biar saya perkenalkan diri saya..
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hi, saya Zack, saya merupakan bekas banker dan berpengalaman dalam bidang mortgage loan dan property sejak dari tahun 2014.
Sebelum ni saya bekerja dalam industri retail dengan company Jepun selama 3 tahun sebelum saya bertukar arah masuk industri financial dengan local bank.
Pada awal saya masuk dalam dunia mortgage property memang mencabar. Tengok dokumen je dah cukup strees sebab banyak dokumen dan proses kena hadap.
Tambahan pula nak recommend profile orang dimata bank bukan benda yang mudah. Persoalan yang selalu jadi, “Why should we approve this customer?”. Nampak mudah, tapi dengan recommended banker yang padu laa application korang approved dekat bank selain daripada dokumen yang lengkap.
Saya akui masih ramai antara kita yang masih “blur” dalam urusan jual beli rumah dan juga urusan “refinance”. Almaklum, dokumennya banyak dan proses bukan makan sehari dua. Malah ada juga yang langsung tak tau sebenarnya rumah yang dia pegang selama berpuluh tahun tu boleh keluarkan “cash”? HAHA.
Alhamdulillah saya dah bantu lebih 1,000 ibu bapa, bakal pengantin, anak muda serta peniaga kecilan yang masih susah nak dapatkan pinjaman perumahan, dan sekarang dah dapat beli rumah idaman mereka. Saya juga boleh bantu sekiranya anda mencari loan untuk rumah yang baru anda booking selain daripada refinance.
Sekiranya ada dan anda layak seperti diatas, boleh terus hubungi saya untuk urusan selanjutnya.
Kita jumpa nanti!
Encik Zack
Former 10 years Banker
#KitaBantuSampaiJadi
Okay sekarang next step?
Dokumen apa yang diperlukan?
Jika anda seorang PEKERJA..
Sila ambil maklum, untuk yang bergaji “variable” atau tidak tetap (OT, elaun etc) perlu kemukakan dokumen pendapatan untuk 6 bulan.
Jika anda BEKERJA SENDIRI..
SSM anda haruslah aktif, registration dan joined haruslah melebihi 2 tahun dari tarikh registered.
Untuk dokumen HARTANAH anda..
Ada soalan? Baca sini
Soalan:
Berapa lama proses refinance dari bermula apply loan hingga loan disburse?
Jawapan:
Untuk approval loan, kebiasaannya dalam masa 3-4 hari bekerja sahaja. Namun untuk proses disbursement sama seperti kita membeli rumah. Anggaran dalam 3-4 bulan untuk rumah Freehold dan 5-6 bulan untuk rumah Leasehold dari tarikh kita sign agreement dengan Peguam (selepas sign LO dengan Bank). Tidak sesuai jika anda urgent nak pakai cash ya.
Soalan:
Jika saya dah ada lebih daripada 3 rumah, adakah margin loan saya sama seperti membeli rumah iaitu 70%?
Jawapan:
Betul, jika anda sudah mempunyai lebih dari 2 rumah, guideline Bank Negara hanya membenarkan anda membuat loan rumah seterusnya (subsale / refinance) maximum 70% sahaja. Namun jika anda refinance rumah kedua anda, anda masih layak untuk apply margin lebih daripada 70%.
Soalan:
Adakah kos peguam dan penilai (valuer) terlibat dalam urusan refinance / remortgage?
Jawapan:
Untuk setiap kali pembiayaan hartnanah dengan bank, akan melibatkan “loan agreement” dan “valuation report” yang terbaru. Betul, kos diperlukan untuk loan agreement dan valuation. Namun untuk refinance rumah kedua, anda masih layak untuk memasukkan sekali kos legal tersebut bersama dengan pinjaman refinance sekiranya layak, maximum 5% daripada market value hartanah anda.
Soalan:
Boleh ke sekiranya saya refinance hanya untuk remove penama borrower kedua daripada pinjaman asal? Kiranya loan baru atas nama saya seorang sahaja. Loan asal ada 2 nama.
Jawapan:
Boleh, tapi tanpa cash-out. Bank hanya benarkan pembiayaan refinance “Third Party“ untuk overlaps existing loan sahaja. Untuk yang memerlukan cash-out, hanya “First Party“ loan sahaja dibenarkan.
Soalan:
Rumah dah habis bayar lama cuma belum buat Perfection of Transfer (POT) ke atas nama saya. Perlu setelkan POT dulu atau boleh sekali jalan?
Jawapan:
Untuk kes yang belum selesai urusan POT, haruslah selesaikan dulu urusan POT. Sebab jika tidak, urusan refinance anda akan tertangguh hingga urusan POT anda selesai. Sila maklum, kos POT tidak termasuk dengan kos loan agreement refinance dan tidak boleh dimasukkan sekali bersama pembiayaan refinance. Walaubagaimanapun, urusan POT juga boleh dilakukan dengan lawyer refinance loan anda.
Soalan:
Boleh ke refinance rumah yang tiada strata? Master title yang dah lebih 10 tahun.
Jawapan:
Tiada masalah untuk refinance rumah yang masih master title dibawah 10 tahun dari tarikh SPA. Namun untuk rumah yang sudah lebih 10 tahun masih tiada strata, sila ambil maklum, pilihan bank sangat terhad dan hanya 2-3 bank sahaja pilihan yang ada dan yang boleh kita proceed untuk refinance. Contohnya AmBank, Bank Rakyat atau Bank Islam. Bank lain memerlukan dokumen strata.
Soalan:
Saya bekerja sendiri sebagai peniaga. Waktu saya beli rumah dulu saya bekerja. Sekarang saya berniaga baru 3 tahun tapi saya daftar LHDM dam tak declare income tax. Boleh ke nak refinance?
Jawapan:
Sekiranya dokumen company anda berdaftar under SSM sudah melebihi 2 tahun dan mempunyai company bank statement sekurang-kurangnya 6 bulan terkini, tiads masalah kalau nak proceed. Cuma pilihan bank terhad atas kerana majority bank akan meminta latest 2 tahun income tax sebagai income requirement.
Soalan:
Ada sebarang fees ke jika saya minta Encik Zack uruskan refinance rumah saya?
Jawapan:
TIADA SEBARANG FEES dikenakan untuk setiap kes straight forward seperti mana anda submit sendiri dekat bank. Perbezaannya, saya beri KEMUDAHAN kepada anda dari datang ke bank mencari banker yang experience. Sedangkan kita boleh proceed terus daripada buang masa, betul tak?
JOM PROCEED REFINANCE
“Saya berminat nak refinance..”
Jom saya bantu anda dalam urusan refinance.
Anda boleh klik link dibawah atau scan QR code.
Anda cuma isikan maklumat dekat e-form tersebut dan saya akan hubungi anda secepat mungkin.
Register Sini
atau boleh klik link disini..
018 - 4015026
zaruleffendi4280@gmail.com
Jangan lupa follow ya!